Wednesday, 1 August 2012

PANDUAN KERTAS KERJA YANG SIMPLE


Di sini merupakan tips ataupun panduan ringkas untuk membuat kertas kerja aktiviti perkhemahan:
selamat mencuba....

1)Pengenalan

2)Matlamat

3)Objektif

4)Tajuk

5)Tarikh,Tempat,Masa

6)Jadual aktiviti

7)Sumber Kewangan

8)Anggaran Perbelanjaan

9)Jawatankuasa

10)Perincian tugas/jawatankuasa kerja

         -urus/setia dan pendaftaran
         -makanan dan sajian
         -penajaan
         -aktiviti
         -keselamatan,kebajikan,kecemasan
         -pengangkutan
         -peralatan + khemah

IKHTIAR HIDUP...

Assalamualaikum.... 

 Dah  banyak benda belajar, kali ni buat iktiar hidup di hutan lak... emmm.... kna buat pa yer???
Haa,,, Kmi kena masak ala2 gaya di hutan. Guna arang, kayu, ranting & daun2 kering... 
Sebelum tu... jom study sikit tentang ikhtiar hidup di hutan...

IKHTIAR HIDUP DI HUTAN

Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini.
 
Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat. Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan.
 
Kita perlu ketahui bahawa didalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya.
 
Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:
 
. Khemah, beg tidur dan tikar getah
. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

Peralatan Ikhtiar Hidup
 
Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan.
Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:
 
. Mancis, pemetik api dan parang
. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarong tangan
 
Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.
 
Peralatan Terpenting
 
Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah:
 
. Macis atau petik api
. Parang
 
Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.
 
Membina Perlindungan
 
Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan.
Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau
buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas
tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran. 
Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung. 
Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya
 
Mencari Air dan Makanan

Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum.

Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya.
Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan. Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh
ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkanmelalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu.
 
Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam.
Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.
 
Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di 
kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.

Menyedia Api

Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api.
Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki. Apabila ranting ini menyala dengan baik,
Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. 
Seterusnya batang-batang kayusebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api. 
Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.
 
Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak.
 
Memasak
 
Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan. Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.

Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan.
Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan.
Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.

Menunggu Bantuan
 
Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.
Mencari Jalan Keluar

Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan. Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

selamat mencuba....


Penat baca banyak ni... jom tengok pic kmi masa buat iktiar hidup... Jom Masak....!!
                               
                              AKTIVITI MEMASAK