Wednesday, 18 July 2012
ASAS SAINS SUKAN...
21.6.2012
ASAS SAINS SUKAN
SAINS SUKAN :
1) Merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal.
2) Bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan
suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya.
3) Ia membantu memahami tindak balas badanmanusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga
dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan.
4) Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan,
manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.
Secara keseluruhannya, konsep kecergasan merangkumi segala aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan ini adalah komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang baik dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri.
Secara kesimpulannya kecergasan adalah perkara utama yang perlu bagi kehidupan.
Menurut ahli fisiologi, kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu :
I ) KECERGASAN BERASASKAN KESIHATAN
Terdapat 5 komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan:
a. Daya tahan kardiovaskular :
b. Kekuatan otot :
merupakan kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya
c. Daya tahan otot :
merupakan keupayaan untuk menggunakan sendi - sendi dengan sepenuhnya melalui pergerakan.
Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
Menjajar semula otot-otot.
Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
Mententeram atau merelakskan anda.
..... DAH2... takat ni je... asyik duk draft ja... jom la post plak... hehehe
merupakan keupayaan bersenam dalam tempoh yang panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan
membekalkan bahan api iaitu oksigen untuk membolehkan aktiviti-aktiviti fizikal dijalankan.
kerja. Pertambahan kekuatan akan membawa ketahanan otot - otot iaitu kebolehan meneruskan
sesuatu aktiviti dalam tahap yang tinggi.
merupakan keupayaan menggunakan otot tulang rangka untuk menghasilkan daya berulang - ulang bagi
suatu jangka masa tertentu, beberapa kali tanpa perubahan bagi mengatasi rintangan atau beban.
d. Kelembutan :
Komposisi badan - adalah 3 komponen struktur asas ada pada badan iaitu lemak, otot dan tulang.
Merujuk kepada bahagian badan tanpa lemak(tisu) dan bahagian lemak ini menentukan berat badan
seseorang individu umum. Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.
II) KECERGASAN BERASASKAN PERLAKUAN MOTOR
Terdapat 6 komponen dalam kecergasan berasaskan perlakuan motor iaitu :
a. Koordinasi :
bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antaramata, tangan kaki dan badan. Keupayaan
untuk menggunakan deria penglihatan untuk sentuh bersama deria kalistenik atau otot untuk
menghasilkan pergerakan badan yang tepat.
b. Imbangan :
merupakan kebolehan seseorang kekalkan posisi badan dalam keadaan tetap atau melakukan sesuatu
aktiviti. Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar atau
tapak menyokongnya diubah.
c. Ketangkasan :
ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar arah. Kebolehan menukar
kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.
d. Kuasa :
merupakan keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat dan melibatkan kekuatan dan
kelajuan. Kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang
singkat dengan kecekapan yang tinggi. Ini merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan
kuncupan otot
e. Masa tindakbalas :
ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk bergerak apabila seseorang itu bertindakbalas. Masa
tindakbalas selalunya di kaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan seseorang itu bertindak dengan
secepat mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi
menyelamatkan diri.Kelajuan merupakan keupayaan individu melakukan pergerakan berturut-turut
dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah kelajuan ditentukan oleh hasil jarak
langkah dan kekerapan melangkah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa
bergerak.
KENAPA PERLU MEMANASKAN BADAN DAN MEMBUAT REGANGAN???
1. Mengelakkan Kecederaan
Kita semua tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan kecederaan. Bayangkan
tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih
dahulu sebelum ia dapat bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga dengan tubuh kita.
Jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
2. Meningkatkan Prestasi
Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan didapati lebih aktif
dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang tidak memanaskan badan. Ini kerana
apabila seseorang melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot
menyebabkan pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan
lebih pantas.
3. Mengelakkan Kekejangan Otot
Aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan
sahaja membawa nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan
oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya adalah
dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.
4. Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung Anda
Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan melakukan aktiviti
yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara
berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba.
5. Mengurangkan Kesakitan Selepas Bersukan
Kadangkala apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan kapisiti otot yang tinggi
seperti bersukan dan bersenam, kita akan merasai kesannya apabila kita bangun dari tidur keesokkan
harinya. Ia merupakan kesan daripada aktiviti berat yang kita lakukan. Dengan memanaskan badan
terlebih dahulu anda dapat mengurangkan kesakitan selepas bersukan.
6. Membantu Anda Tahan lebih Lama
Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik. Pengeluaran asid laktik
yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita berasa letih dan dan tidak bermaya.
Memanaskan badan dapat mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita
dapat bertahan lebih lama ketika bersukan atau bersenam.
7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus
Secara psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Antara contoh yang kita
dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti menumbuk-numbuk angin dan
sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan
badan anda akan menjadi lebih relaks dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat membantu anda
memberi tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.
KENAPA PERLU MENYEJUKKAN BADAN DAN MEMBUAT KELONGGARAN???
- Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
- Menjajar semula otot-otot.
- Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
- Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
- Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
- Mententeram atau merelakskan anda.
KECEDERAAN....
1)KLASIFIKASI KECEDERAAN.
Kategori Kecederaan
i)Tenat-kecederaan berlaku secara tiba-tiba atau baru berlaku
ii)Kronik-kecederaan yang lama(dan masih rasa sakit lagi)
Punca-punca kecederaan dalam sukan :
1) Kecederaan langsung – kecederaan yang disebabkan oleh sentuhan / hentakan /pukulan pada otot atau
tulang
2) Kecederan tidak langsung – kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri cth: tidak memanaskan badan
sebelum aktiviti , pemakaian pakaian atau alatan yang tidak sesuai.
3) Kecederaan di tempat yang digunakan terlalu kerap- sesuatubahagian/ anggota badan digunakan tanpa
rehat yang mencukupi.
JENIS-JENIS KECEDERAAN DALAMAN
Boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
I) Kecederaan Luar
Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :
Luka :
kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.
Melepuh :
Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan yang lain . Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.
Melecet :
Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.
Kecederaan Dalaman
Terseliuh :
Berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak,teregang atau terpulas disebabkan bebanan yang kuat atau secara tiba-tiba.
Otot terkoyak :
Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendon disebabkan pengecutan otot-otot secara drastik,ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban yang dikenakan atau dihentakkan terus ke otot.
Otot kejang :
Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara.Kekejangan berlaku disebabkan ketidakseimbangan atau kekurangan air dan elektrolit ( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat perpeluhan dan kurang daya tahan.
Dislokasi :
Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari kedudukan asalnya. Dislokasi disebabkan pergerakan anggota badan luar daripada julat pergerakan yang biasa. Hal ini mengakibatkan ligamen dan tisu bahagian sendi terengang dan koyak.
Fruktur :
Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan daya hentakan tepat , sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur tertutup dan fraktur terbuka.
Kontusi :
Berlaku kecederaan pada salur darah atau salurandarah halus terputus disebabkan daya hentakan. Akibatnya kesan lebam pada permukaan kulit atau pendarahan dalaman.
Konkusi :
Berlaku dibahagian kepala disebabkan daya hentakan atau pukulan yang mengakibatkan mangsa tidak sedar diri atau pengsan. Konkusi boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius.
Jenis-Jenis Tisu
i)Tisu lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah
ii)Tisu keras : tulang
2) KECEDERAAN TISU KERAS
Kecederaan patah atau tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Punca berlakunya kecederaan tulang patah ialah apabila berlakunya stress atau tekanan yag tinggi ke atas tulang. Tulang panjang seperti femur atau humerus mengambil masa lebh kurang 6 minggu untuk sembuh. Sementara, tulang-tulang kecil memerlukan masa 3-4 minggu.
3) KECEDERAAN TISU LEMBUT
Kecederaan tisu lembut pula melibatkan kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kalenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ dalam tubuh.
4) TOTAPS
T – Talk : Tanya
O- Observe : Perhati dan periksa
T – Touch : Sentuh tempat cedera
A – active Movement : Gerakkan anggota badan yang cedera.
P – Passive Movements : Bantu gerakkan secara perlahan
S – Stand : Arah mangsa berdiri
5) RICE
R-Rest :Rehatkan anggota yang cedera
I- Ice : Demah ais yang berbalut pada tempat cedera.
C-Compression : Balutkan tempat cedera
E-Elevation : Tinggikan anggota yang tercedera.
6) PENCEGAHAN KECEDERAAN
-Memanaskan badan, regangan/ cooling down.
-Kecederaan individu.
-Kemahiran dan teknik.
-Ikut peraturan.
-Persekitaran : tempat bermain, pakaian dan peralatan, ketinggian.
-Prosedure kawalan-kawalan diri pelajar, pengadil dan latihan/program pertandingan oleh jurulatih.
7) PEMULIHAN DAN PENCEGAHAN
-penyelerasan.
-pengurusan kecederaan lepas yang betul.
-ais dan ais.
-balance competition.
-elakkan aktiviti tenat jika demam atau sakit.
=common sense.
Subscribe to:
Posts (Atom)