Wednesday, 18 July 2012

ASAS SAINS SUKAN...


21.6.2012

                                                  ASAS SAINS SUKAN

SAINS SUKAN :

1) Merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal.
2) Bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan
    suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya.
3) Ia membantu memahami tindak balas badanmanusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga  
    dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan.
4) Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan,
    manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.

    Secara keseluruhannya, konsep kecergasan merangkumi segala aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan ini adalah komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang baik dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri.
 
    Secara kesimpulannya kecergasan adalah perkara utama yang perlu bagi kehidupan.                      


   
    Menurut ahli fisiologi, kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu :

I ) KECERGASAN BERASASKAN KESIHATAN
   
    Terdapat 5 komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan:

    a. Daya tahan kardiovaskular :
    b. Kekuatan otot :
        merupakan kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya
    c. Daya tahan otot :
        merupakan keupayaan untuk menggunakan sendi - sendi dengan sepenuhnya melalui pergerakan.
Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
Menjajar semula otot-otot.
Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
Mententeram atau merelakskan anda.
..... DAH2... takat ni je... asyik duk draft ja...  jom la post plak... hehehe


        merupakan keupayaan bersenam dalam tempoh yang panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan
        membekalkan bahan api iaitu oksigen untuk membolehkan aktiviti-aktiviti fizikal dijalankan.

        kerja. Pertambahan kekuatan akan membawa ketahanan otot - otot iaitu kebolehan meneruskan
        sesuatu aktiviti dalam tahap yang tinggi.

        merupakan keupayaan menggunakan otot tulang rangka untuk menghasilkan daya berulang - ulang bagi
        suatu jangka masa tertentu, beberapa kali tanpa perubahan bagi mengatasi rintangan atau beban.
    d. Kelembutan :
        Komposisi badan - adalah 3 komponen struktur asas ada pada badan iaitu lemak, otot dan tulang.
        Merujuk kepada bahagian badan tanpa lemak(tisu) dan bahagian lemak ini menentukan berat badan
        seseorang individu umum. Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.

II) KECERGASAN BERASASKAN PERLAKUAN MOTOR

Terdapat 6 komponen dalam kecergasan berasaskan perlakuan motor iaitu :

    a. Koordinasi :
        bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antaramata, tangan kaki dan badan. Keupayaan
        untuk menggunakan deria penglihatan untuk sentuh bersama deria kalistenik atau otot untuk
        menghasilkan pergerakan badan yang tepat.

    b. Imbangan :
        merupakan kebolehan seseorang kekalkan posisi badan dalam keadaan tetap atau melakukan sesuatu
        aktiviti. Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar atau  
        tapak menyokongnya diubah.

    c. Ketangkasan :
        ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar arah. Kebolehan menukar
        kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.

    d. Kuasa :
        merupakan keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat dan melibatkan kekuatan dan
        kelajuan. Kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang
       singkat dengan kecekapan yang tinggi. Ini merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan
       kuncupan otot

    e. Masa tindakbalas :
        ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk bergerak apabila seseorang itu bertindakbalas. Masa
        tindakbalas selalunya di kaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan seseorang itu bertindak dengan    
        secepat mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi
        menyelamatkan diri.Kelajuan merupakan keupayaan individu melakukan pergerakan berturut-turut
       dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah kelajuan ditentukan oleh hasil jarak
       langkah dan kekerapan melangkah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa  
       bergerak.



KENAPA PERLU MEMANASKAN BADAN DAN MEMBUAT REGANGAN???

1. Mengelakkan Kecederaan

    Kita semua tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan kecederaan. Bayangkan
    tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih
    dahulu sebelum ia dapat bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga dengan tubuh kita.
    Jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.

2. Meningkatkan Prestasi

   Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan didapati lebih aktif
   dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang tidak memanaskan badan. Ini kerana
   apabila seseorang melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot
   menyebabkan pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan
   lebih pantas.

3. Mengelakkan Kekejangan Otot

    Aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan
    sahaja membawa nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan
    oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya adalah
    dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.

4. Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung Anda

    Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan melakukan aktiviti  
    yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara
    berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba.

5. Mengurangkan Kesakitan Selepas Bersukan

    Kadangkala apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan kapisiti otot yang tinggi
    seperti bersukan dan bersenam, kita akan merasai kesannya apabila kita bangun dari tidur keesokkan
    harinya. Ia merupakan kesan daripada aktiviti berat yang kita lakukan. Dengan memanaskan badan
    terlebih dahulu anda dapat mengurangkan kesakitan selepas bersukan.

6. Membantu Anda Tahan lebih Lama

    Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik. Pengeluaran asid laktik
    yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita berasa letih dan dan tidak bermaya.  
    Memanaskan badan dapat mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita
    dapat bertahan lebih lama ketika bersukan atau bersenam.

7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus

    Secara psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Antara contoh yang kita
    dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti menumbuk-numbuk angin dan
    sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan
    badan anda akan menjadi lebih relaks dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat membantu anda
    memberi tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.


KENAPA PERLU MENYEJUKKAN BADAN DAN MEMBUAT KELONGGARAN???


- Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
- Menjajar semula otot-otot.
- Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
- Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
- Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
- Mententeram atau merelakskan anda.

1 comment:

  1. YouTube Player - Videosl
    Discover youtube mp3 the best YouTube Player Videosl by VexenuVideo, the platform for video-streaming, featuring short videos, videos, music and more. You can

    ReplyDelete